top of page

SAMSON ANAND GEORGE: kekuatan jualan Nasim adalah pada model Segmen B iaitu Peugeot 208, Segmen C bagi Peugeot 408, dan Segmen D untuk Peugeot 508. -Gambar fail

Nasim sasar jualan 6,000 unit Peugeot tahun ini

Malik Ridhwan, Astro Awani | Kemas kini: April 09, 2015
(Diterbitkan pada: April 09, 2015 14:56 MYT)

 

KUALA LUMPUR: Nasim Sdn Bhd mensasarkan jualan hampir 1,000 unit setahun bagi model terbaharunya Peugeot 308 THP dengan jangkaan 110 hingga 120 unit terjual dalam masa sebulan.

Setakat ini, 100 tempahan sudah diterima pra-pelancaran yang dibuka mulai pertengahan Mac.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Nasim Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George, model baharu Peugeot 308 dijangka menerima sambutan yang baik daripada pelanggan baharu juga sedia ada.

Tambahnya, Nasim terus komited untuk mempelbagaikan pasaran dengan produk bernilai dan menarik yang ditawarkan pada harga berpatutan.

 

“Kami percaya dengan pengikut yang kuat bagi pasaran Peugeot di Malaysia, terutamanya 308 ini, saya percaya kepada pelanggan setia kami dan akan ada pelanggan lama yang ingin menaik taraf 308 lama kepada yang baru ini,” katanya.

“Dalam pasaran ini, kami percaya 100 ke 120 unit tidaklah banyak mana, tetapi kami mampu mencapai sasaran yang diberi memandangkan spesifikasi dan produk itu sendiri ditambah pula dengan rangkaian kuat kami yang terbina hari ini,” katanya lagi.

Beliau turut mensasar jualan keseluruhan bagi Peugeot tahun ini akan mencecah 6,000 unit.

Daripada keseluruhan jualan, 20 peratus disumbang model terbaharu 308, yang berharga RM132,888 seunit termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus.

Tambahnya, kekuatan jualan Nasim adalah pada model Segmen B iaitu Peugeot 208, Segmen C bagi Peugeot 408, dan Segmen D untuk Peugeot 508.

Beliau berkata pasaranhatchbackyang memberangsangkan di Malaysia mempengaruhi Peugeot untuk memperbaharuihatchbackmampu milik, yang mensasarkan segmen pelanggan Gen-Y.

Pernah memenangi Anugerah Kereta Tahunan bagi 2014 di Geneva Auto Show, model ini didatangkan dengan lima pilihan warna dan reka bentuk lebih elegan.

Manakala ciri keselamatannya turut dipertingkatkan berbanding model sebelum ini.

Nasim melancarkan Peugeot 308 THP baharu di ibu negara pada Rabu.

bottom of page